? ??????????????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.3 (23 Ratings)??1838 Grabs Today. 25922 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (8 Ratings)??1736 Grabs Today. 9963 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Thursday, May 19, 2011

PENCAPAIAN AKTIVITI KOAKADEMIK 2011

Sehingga Mei 2011, hanya aktiviti Koakademik Bahasa telah dilaksanakan di peringkat daerah Tuaran:

i. Public Speaking (Pn. Elly Darliza Bakar) - Naib Johan: Cheryl Rachel James(5 UMS)

ii. English Parliamentary Debate (Pn. Rabidah Dani)

iii.Choral Speaking (Pn. Amelia Yamping) - Johan

iv. Pesta Pantun (Pn. Ahzattul Samaziah Hj. Ahmat Marzuki)

v. Forum Remaja (Pn. Fatmawati Stephen)

vi. Pidato DiRaja (Pn. Elizabeth Ubud) - Naib Johan: Mary Jerome (5 UMS)

PENCAPAIAN SUKAN & PERMAINAN ( SEHINGGA MEI 2011)

Sepanjang Januari - Mei 2011, SMK St. John telah menyertai 12 pertandingan sukan & permainan di peringkat daerah Tuaran :

i. Merentas Desa (Cik Suhaida Awang Ladin)

ii. Sepak Takraw (En. Paunggin Ransoi) - 3 wakil ke MSSB Barat

iii.Ping Pong (En. Luis Oseh)- separuh akhir MSSB Barat

iv.Catur (Pn. Rabidah Dani) - Johan Berpasukan 15 tahun ke bawah MSSD Tuaran, 4 wakil ke MSSB Barat, Tempat ketiga (P) 15 tahun ke bawah MSSB Barat, 3 wakil ke MSS Sabah, Johan (L) 15 tahun ke bawah MSS Sabah, 3 wakil ke MSSM

v. Bola Tampar (Pn. Doreen Peter Laison & Cik Suziani Abd. Razak) - 3 wakil ke MSSB Barat

vi.Bola Keranjang (En. Ong Choon Keat & Cik Ng Oi Ting) - Naib Johan (L) & (P) 18 tahun ke bawah MSSD Tuaran

vii. Olahraga (Cik Suhaida Awang Ladin & En. Johnson Gondikit) - 3E, 6P, 9G & 3 Rekod Baru MSSD Tuaran, 9 wakil ke MSSB Barat

viii. Badminton (En. Kellson Shim, Pn. Elizabeth Ubud, En. Paul Johnny)

ix. Bola Sepak (En. Paunggin Ransoi & En. Bruno Enggoh)

x. Bola Jaring (Pn. Suzana Mohd. Kanan & Pn. Ahzattul Samaziah Hj. Ahmat Marzuki) - separuh akhir MSSD Tuaran

xi. Bola Baling (En. Sabaruddin Mohd. Noor)

CATUR - 3 WAKIL KE PERINGKAT KEBANGSAAN

Tahniah. Pasukan Catur SMK St. John terus unggul dan cemerlang. Bagi tahun 2011, 3 pelajar SMK St. John akan bertanding di peringkat kebangsaan pada 1-5 Jun 2011 di Pulau Pinang. Mereka yang terlibat ialah Karmelisa K. Esmade (3 UMS), Nestor K. Esmade (2 UMS) & Joshua Louis Sebol (2 UMS). Satu majlis Penyerahan Bendera Negeri Sabah kepada Kontinjen Catur telah diadakan di SK Bundung, Tuaran pada 19.5.2011. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Puan Tah Nia Hj. Jaman, Pegawai Pelajaran Daerah Tuaran.

Sebelum itu, Karmelisa K. Esmade muncul pemenang tempat ketiga (P) 15 tahun ke bawah di MSSB Barat & Nestor K. Esmade muncul Johan (L) 15 tahun ke bawah di MSS Sabah.

Sunday, August 22, 2010

HADIAH BIASISWA SUKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

3 orang pelajar SMK St. John telah berjaya memperoleh Hadiah Biasiswa Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka ialah Cherylina Sinam (2 UMS), Faizzul Sabrin (3 UMS) & Mohd. Zamzuri Martin (2 UMS). Ketiga-tiga mereka merupakan ahli Kelab Olahraga yang telah menyertai dan mencatat kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa. Syabas & tahniah diucapkan.

HIGH SCHOOL MUSICAL- MY SCHOOL ROCKS


Pada 3-4 Julai 2010, telah berlansung pertandingan High School Musical- My School Rocks anjuran Disney Channel Asia bertempat di Universiti Malaysia Sabah. Sebanyak 50 pasukan dari seluruh negeri Sabah telah menyertai pertandingan tersebut. Pasukan sekolah dibawah tunjuk ajar Pn. Henrietta Lajuni telah menduduki tempat ke-4. Syabas dan tahniah.

Tuesday, August 17, 2010

SABAH OPEN 2010

Pada 7-8.8.2010, bertempat Stadium Likas, Kota Kinabalu ; telah berlangsung Kejohanan Olahraga Sabah Open 2010. Kejohanan ini diiktiraf sebagai kejohanan bertaraf antarabangsa. Pasukan SMK St. John diwakili oleh 22 atlet dibawah jurulatih Cik Suhaida Awang Ladin. SMK St. John telah berjaya mengutip 2 pingat perak & 2 pingat gangsa dalam kejohanan tersebut. Syabas & tahniah diucapkan.

PERKHEMAHAN KADET JABATAN PERTAHANAN AWAM PERINGKAT KEBANGSAAN

PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING PERINGKAT BAHAGIAN BARAT


Pada 29.6.2010, bertempat di SMK Sri Nangka, Tuaran; telah berlangsung Pertandingan Public Speaking peringkat Bahagaian Barat. Daerah Tuaran diwakili oleh Chyrel Rachel James, dari SMK St. John. Beliau moncul Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

PERKHEMAHAN LENCANA KEAHLIAN & LENCANA USAHA PENGAKAP












Pada 7-8.8.2010 telah berlangsung Perkhemahan Lencana Keahlian & Lencana Usaha Pengakap bertempat di Shittim Camp, Tamparuli.Seramai 40 orang peserta bersama 2 orang guru pengiring iaitu Pn. Amelia Yamping & Pn. Rachel Anthony menyerta perkhemahan tersebut. Perkhemahan tersebut juga mendapat bantuan sepenuhnya daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tuaran.

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM











































Pada 2-4 Julai 2010, bertempat di Karambunai Lagoon Park telah berlangsung Perkhemahan Perdana Unit Berunifom 2010. Seramai 140 orang peserta yang mewakili 8 unit beruniform telah mengikuti perkhemahan tersebut. Aktiviti ini dibawah penyelarasan Pn. Doreen Peter Laison. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Rentas Halangan, Pandu Arah dan Pertandingan Kawad Kaki.

PERKHEMAHAN KADET JABATAN PERTAHANAN AWAM

Pada 25.6.2010 - 27.6.2010 telah berlangsung Perkhemahan Kadet Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di SMK St. John, Tuaran. Jumlah peserta yang terlibat ialah seramai 60 orang bersama 2 orang guru pengiring iaitu En. Clarence Joanes Sigam dan En. Imee Samuil. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Bantuan Kecemasan dan Halangan Komander.

PERKHEMAHAN PERSATUAN BAHASA CINA

Pada 30.4.2010 - 1.5.2010 telah berlangsung Perkhemahan Persatuan Bahasa Cina bertempat di SMK St. John, Tuaran. Jumlah peserta yang terlibat ialah seramai 50 orang bersama 2 orang guru iaitu Cik Ng Oi Ting dan En. Ong Choon Keat.Antara aktiviti yang dijalankan ialah Teknik Menulis Kaligrafi Cina dan Treasure Hunt.

Sunday, May 23, 2010

NESTOR K.ESMADE & CATUR TERUS CIPTA KEJAYAAN


Kejohanan Catur MSS Sabah telah berlangsung pada 11-14 Mei 2010. Dua pelajar SMK St. John telah terpilih mewakili Bahagian Barat iaitu Nestor K. Esmade & Karmalisa K. Esmade. Sekali lagi, Nestor muncul juara kategori Lelaki bawah 15 tahun. Beliau akan mengorak langkah seterusnya dengan mewakili Negeri Sabah ke Kejohanan Catur MSSM pada bulan Jun nanti. Seluruh warga SMK St. John mengucapkan syabas & tahniah kepada Nestor dan semoga beliau akan terus mencatat kejayaan yang gemilang.

Friday, May 14, 2010

GERAI JUALAN SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN







Pada 8.5. 2010, SMK St. John telah menjadi tuan rumah kepada majlis Hari Bertemu Pelanggan bersama Pengarah Pelajaran Negeri Sabah peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Tuaran.Mengambil kesempatan daripada majlis tersebut, unit-unit beruniform SMK St. John telah membuka gerai jualan makanan dan minuman. Selain mengisi aktiviti, para pelajar menimba pelbagai pengalaman dalam menguruskan perniagaan secara kecil-kecilan. Terima kasih kepada para pelajar atas kesungguhan dan para guru penasihat atas komitmen dan kerja keras menjayakan gerai jualan tersebut.

Thursday, May 13, 2010

PENCAPAIAN PING PONG & SEPAK TAKRAW

Pada 30.4.2010 bertempat di Sek. Men. Tinggi Kota Kinabalu telah berlangsung Pertandingan Ping Pong MSSB Barat untuk memilih wakil MSSB Barat ke Kejohanan Ping Pong MSS Sabah. # 3 wakil dari SMK St. John telah mewakili pasukan Ping Pong MSSD Tuaran ke pertandingan tersebut.

Manakala itu, 2 pemain sepak takraw SMK St. John telah terpilih mewakili MSSB Barat ke Pertandingan Sepak Takraw MSS Sabah.

Tahniah. Kejayaan ini membanggakan semua warga SMK St. John. Semoga kejayaan yang lebih cemerlang menanti pada 2011.

Friday, April 23, 2010

St. John Johan English Parliamentary Debate

SMK St. John terus unggul mencipta kejayaan dalam tempoh 2 hari berturut-turut. Selepas kejayaan pasukan Choral Speaking, pasukan English Parliamentary Debate muncul Johan menewaskan pasukan SMK Tenghilan dalam pusingan akhir. Pertandingan berlangsung di SMK Sri Nangka pada 22 April 2010. Tahniah kepada para pendebat dan jurulatih pasukan, Pn. Rabidah Dani.

Wednesday, April 21, 2010

TAHNIAH PASUKAN CHORAL SPEAKING

Pasukan SMK St. John muncul johan Pertandingan Choral Speaking peringkat daerah Tuaran. Lebih manis lagi, kejayaan ini disaksikan oleh warga SMK St. John sendiri. Hal ini kerana, pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Terbuka SMK St. John pada 21 April yang lalu. 5 buah sekolah mengambil bahagian iaitu SMK Tenghilan, SMK Tun Fuad Stephens, SMK Badin, SMK Pekan Telipok dan SMK St. John. Tempat kedua jatuh kepada SMK Tenghilan dan SMK Badin ditempat ketiga. Tahniah kepada pengurus dan jurulatih pasukan iaitu Pn. Amelia Yamping dan Pn. Elly Darliza Bakar.

Friday, April 16, 2010

PERKHEMAHAN TAMAN LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 12-14 April 2010, telah berlangsung Perkhemahan Taman Laut Peringkat Kebangsaan di Kem Malangang Kiulu dan Taman Marin Tuanku Abdul Rahman. Chelcia Audrey telah terpilih mewakili SMK St. John ke perkhemahan tersebut. Tahniah daripada pihak sekolah.

CATUR - JUARA LAGI


Pada 14 - 15 April 2010, berlangsung Kejohanan Catur MSSB Barat di Ranau. 4 pelajar SMK St. John telah terpilih mewakili daerah Tuaran. Sekali lagi, Nestor K. Esmade membuktikan kehebatannya apabila muncul Johan Lelaki Bawah 15 tahun dan 2 pelajar SMK St. John layak mewakili Bahagian Barat ke Kejohanan Peringkat Negeri.

PUBLIC SPEAKING - KEJAYAAN 2 TAHUN BERTURUT-TURUT




Kejayaan tahun 2009 diulangi. Cheryl Rachel James dibawah tunjuk ajar Pn. Elly Darliza memastikan Johan Public Speaking Peringkat Daerah Tuaran terus menjadi milik SMK St. John. Pertandingan berlangsung di SMK Sungai Damit pada 9 April 2010.