
Sunday, March 7, 2010
SAMBUTAN MAULIDURRASUL

Posted by SMK St John Tuaran at 6:03 PM 0 comments
KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TUARAN 2010



Pada 2-5 Mac 2010 , bertempat di Padang SMK Tamparuli telah berlangsung Kejohanan Olahraga MSSD Tuaran. Kontinjen SMK St. John dibawah kepimpinan Dr. Zakaria Othman dan Cik Suhaida Awang Ladin telah menduduki tempat keempat keseluruhan dengan pencapaian 7 pingat emas, 6 pingat perak dan 5 pingat gangsa . Adlie Putera Willie telah muncul Olahragawan Lelaki B manakala pasukan perbarisan telah menduduki tempat ketiga.SMK Tenghilan muncul Johan keseluruhan, SMK Tamparuli ditempat kedua dan SMK Tun Fuad Stepehens, Kiulu di tempat ketiga. Manakala bagi perbarisan, SMK Sri Nangka muncul Johan dan SMK Tamparuli di tempat kedua.
Posted by SMK St John Tuaran at 5:59 PM 0 comments
PERKHEMAHAN PANDU PUTERI 2010
Pada 26-27 Februari 2010, pasukan Pandu Puteri SMK St. John di bawah kepimpinan Pn. Fatmawati Stephen dan Cik Dayang Noraslinah Maradin telah mengadakan perkhemahan tahunan bertempat di SMK St. John.
Posted by SMK St John Tuaran at 5:57 PM 0 comments
KEJOHANAN BOLA KERANJANG MSSD TUARAN
Pada 24 Februari 2010, telah berlangsung Kejohanan Bola Keranjang MSSD Tuaran bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Tuaran. SMK St. John merupakan pengelola kejohanan kali ini. En. Ong Choon Keat dan Cik Ng Oi Ting selaku guru penasihat Kelab Bola Keranjang SMK St. John telah manguruskan pertandingan dengan lancar. Tiga buah sekolah mengambil bahagian iaitu SMK St. John, SMK Tamparuli dan SMK Badin. SMK Tamparuli mengungguli kejohanan dengan muncul juara lelaki dan perempuan. Manakala, SMK St. John menduduki tempat ketiga bagi lelaki dan tempat kedua bagi perempuan.
Posted by SMK St John Tuaran at 5:53 PM 0 comments
Saturday, February 20, 2010
PESTA ANG PAU 2010

.jpg)












Pada 20 Februari 2010 telah dilangsungkan sambutan Pesta Ang Pau.Sambutan ini adalah bersempena dengan Minggu Bahasa Cina. Oleh kerana masih dalam suasana Tahun Baru Cina, sambutan serampang dua mata ini diadakan. Di bawah kepimpinan Pn. Amelia Yamping dan Cik Ng Oi Ting, majlis ini telah berlangsung dalam suasana yang sungguh meriah dan ceria sekali. Antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Makan Limau, Pertandingan Menggunakan Chopstik, Persembahan Tarian Singa, Pertandingan Menulis Kaligrafi Cina dan acara kemuncaknya ialah Pertandingan Miss Cheongsam.
Posted by SMK St John Tuaran at 9:31 PM 0 comments
TAHNIAH PASUKAN CATUR






Pada 18 & 19 Februari 2010 telah berlangsung Kejohanan Catur MSSD Tuaran bertempat di SMK Sri Nangka, Tuaran. Pasukan lelaki & perempuan masing-masing telah muncul sebagai Naib Johan. Manakala, bagi kategori individu 18 tahun ke bawah, Nester K. Esmade telah muncul Naib Johan. Tahniah kepada semua pemain catur dibawah kepimpinan Pn. Rabidah Dani.
Posted by SMK St John Tuaran at 9:29 PM 0 comments
Tuesday, February 16, 2010
MINGGU BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS







Bersempena dengan Bulan Bahasa, Minggu Bahasa Melayu telah dilangsungkan pada 8-12 Februari 2010 dan Minggu Bahasa Inggeris pula telah dilangsungkan pada 22 - 26 Februari2010 . Objektif program ini ialah untuk menambah minat pelajar terhadap Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta mencungkil minat pelajar dalam Program Sokongan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Syarahan (Tingkatan 1&2), Pertandingan Mendeklamasikan Sajak (Tingkatan 3), Pertandingan Melagukan Sajak (Tingkatan 4) & Pertandingan Forum Remaja (Tingkatan 5). Manakala,Poem Recital, Short Drama & Choral Speaking adalah antara aktiviti sempena Minggu Bahasa Inggeris yang diadakan.
Posted by SMK St John Tuaran at 4:00 PM 0 comments

