3 orang pelajar SMK St. John telah berjaya memperoleh Hadiah Biasiswa Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka ialah Cherylina Sinam (2 UMS), Faizzul Sabrin (3 UMS) & Mohd. Zamzuri Martin (2 UMS). Ketiga-tiga mereka merupakan ahli Kelab Olahraga yang telah menyertai dan mencatat kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa. Syabas & tahniah diucapkan.
Sunday, August 22, 2010
HADIAH BIASISWA SUKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Posted by SMK St John Tuaran at 4:32 PM 0 comments
HIGH SCHOOL MUSICAL- MY SCHOOL ROCKS

Pada 3-4 Julai 2010, telah berlansung pertandingan High School Musical- My School Rocks anjuran Disney Channel Asia bertempat di Universiti Malaysia Sabah. Sebanyak 50 pasukan dari seluruh negeri Sabah telah menyertai pertandingan tersebut. Pasukan sekolah dibawah tunjuk ajar Pn. Henrietta Lajuni telah menduduki tempat ke-4. Syabas dan tahniah.
Posted by SMK St John Tuaran at 4:24 PM 0 comments
Tuesday, August 17, 2010
SABAH OPEN 2010
Pada 7-8.8.2010, bertempat Stadium Likas, Kota Kinabalu ; telah berlangsung Kejohanan Olahraga Sabah Open 2010. Kejohanan ini diiktiraf sebagai kejohanan bertaraf antarabangsa. Pasukan SMK St. John diwakili oleh 22 atlet dibawah jurulatih Cik Suhaida Awang Ladin. SMK St. John telah berjaya mengutip 2 pingat perak & 2 pingat gangsa dalam kejohanan tersebut. Syabas & tahniah diucapkan.
Posted by SMK St John Tuaran at 6:42 PM 0 comments
PERKHEMAHAN KADET JABATAN PERTAHANAN AWAM PERINGKAT KEBANGSAAN
Posted by SMK St John Tuaran at 6:41 PM 0 comments
PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING PERINGKAT BAHAGIAN BARAT

Pada 29.6.2010, bertempat di SMK Sri Nangka, Tuaran; telah berlangsung Pertandingan Public Speaking peringkat Bahagaian Barat. Daerah Tuaran diwakili oleh Chyrel Rachel James, dari SMK St. John. Beliau moncul Naib Johan dalam pertandingan tersebut.
Posted by SMK St John Tuaran at 6:37 PM 0 comments
PERKHEMAHAN LENCANA KEAHLIAN & LENCANA USAHA PENGAKAP








Pada 7-8.8.2010 telah berlangsung Perkhemahan Lencana Keahlian & Lencana Usaha Pengakap bertempat di Shittim Camp, Tamparuli.Seramai 40 orang peserta bersama 2 orang guru pengiring iaitu Pn. Amelia Yamping & Pn. Rachel Anthony menyerta perkhemahan tersebut. Perkhemahan tersebut juga mendapat bantuan sepenuhnya daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tuaran.
Posted by SMK St John Tuaran at 5:01 PM 0 comments
PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM
Posted by SMK St John Tuaran at 4:49 PM 0 comments






