Sukan tahunan bagi tahun 2010 telah diadakan pada 4 & 5 Februari 2010.Pada 4 Februari 2009 (Khamis), acara Lompat Tinggi, Lompat Jauh& Lompat Kijang telah diadakan bermula jam 2.00 petang bertempat di SMK St. John. Manakala, acara kemuncak pada 5 Februari 2009 telah diadakan di Padang Kg. Selupoh, Tuaran. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Demsih Erom, Timbalan Pengerusi PIBG SMK St. John. Selain acara balapan iaitu 100M, 200M, 400M, 4X100M dan 4x400M, pertandingan perbarisan dan pertandingan pom-pom (Cheer leader) turut diadakan. Pada tahun ini juga, acara 100M dan 200m khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 turut diadakan. Perkara ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk dilatih dan diketengahkan dalam Kejohanan Olahraga MSSD Tuaran.
Sunday, February 7, 2010
SUKAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2010
Posted by SMK St John Tuaran at 9:51 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment