? ??????????????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.3 (23 Ratings)??1838 Grabs Today. 25922 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (8 Ratings)??1736 Grabs Today. 9963 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Saturday, February 20, 2010

PESTA ANG PAU 2010















Pada 20 Februari 2010 telah dilangsungkan sambutan Pesta Ang Pau.Sambutan ini adalah bersempena dengan Minggu Bahasa Cina. Oleh kerana masih dalam suasana Tahun Baru Cina, sambutan serampang dua mata ini diadakan. Di bawah kepimpinan Pn. Amelia Yamping dan Cik Ng Oi Ting, majlis ini telah berlangsung dalam suasana yang sungguh meriah dan ceria sekali. Antara aktiviti yang diadakan ialah Pertandingan Makan Limau, Pertandingan Menggunakan Chopstik, Persembahan Tarian Singa, Pertandingan Menulis Kaligrafi Cina dan acara kemuncaknya ialah Pertandingan Miss Cheongsam.

TAHNIAH PASUKAN CATUR



















Pada 18 & 19 Februari 2010 telah berlangsung Kejohanan Catur MSSD Tuaran bertempat di SMK Sri Nangka, Tuaran. Pasukan lelaki & perempuan masing-masing telah muncul sebagai Naib Johan. Manakala, bagi kategori individu 18 tahun ke bawah, Nester K. Esmade telah muncul Naib Johan. Tahniah kepada semua pemain catur dibawah kepimpinan Pn. Rabidah Dani.

Tuesday, February 16, 2010

MINGGU BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS








Bersempena dengan Bulan Bahasa, Minggu Bahasa Melayu telah dilangsungkan pada 8-12 Februari 2010 dan Minggu Bahasa Inggeris pula telah dilangsungkan pada 22 - 26 Februari2010 . Objektif program ini ialah untuk menambah minat pelajar terhadap Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta mencungkil minat pelajar dalam Program Sokongan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Syarahan (Tingkatan 1&2), Pertandingan Mendeklamasikan Sajak (Tingkatan 3), Pertandingan Melagukan Sajak (Tingkatan 4) & Pertandingan Forum Remaja (Tingkatan 5). Manakala,Poem Recital, Short Drama & Choral Speaking adalah antara aktiviti sempena Minggu Bahasa Inggeris yang diadakan.

Monday, February 15, 2010

TAHNIAH PASUKAN SEPAK TAKRAW & PING PONG

Pada 2 & 3 Februari 2010, bertempat di Dewan Tun Hamdan Tamparuli, telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw MSSD Tuaran. Pasukan regu bawah 15 tahun SMK St. John telah muncul Johan manakala regu bawah 18 tahun telah berjaya ke peringkat separuh akhir.

Manakala pada 9 & 10 Februari 2010, SMK St. John telah menjadi tuan rumah kepada Kejohanan Ping Pong MSSD Tuaran. Hanya kategori berpasukan 18 tahun kebawah (lelaki & perempuan ) dipertandingkan.5 buah sekolah mengambil bahagian : SMK St. John, SMK St. James, Tenghilan ; SMK Tamparuli, SMK Tun Fuad Stepehens, Kiulu; dan SMK Pekan Telipok. Pasukan lelaki St. John telah muncul naib johan manakala pasukan perempuan merangkul tempat ketiga.

Tahniah diucapkan atas komitmen, dedikasi & usaha semua pihak - Guru penasihat (En. Kellson Shim & En. Bruno Enggoh - Ping Pong & En. Paunggin @ Justin Ransoi - Sepak takraw)
, dan para pemain.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk kejayaan lebih cemerlang dan gemilang.

Sunday, February 7, 2010

SUKAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2010







Sukan tahunan bagi tahun 2010 telah diadakan pada 4 & 5 Februari 2010.Pada 4 Februari 2009 (Khamis), acara Lompat Tinggi, Lompat Jauh& Lompat Kijang telah diadakan bermula jam 2.00 petang bertempat di SMK St. John. Manakala, acara kemuncak pada 5 Februari 2009 telah diadakan di Padang Kg. Selupoh, Tuaran. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Demsih Erom, Timbalan Pengerusi PIBG SMK St. John. Selain acara balapan iaitu 100M, 200M, 400M, 4X100M dan 4x400M, pertandingan perbarisan dan pertandingan pom-pom (Cheer leader) turut diadakan. Pada tahun ini juga, acara 100M dan 200m khusus untuk pelajar-pelajar tingkatan 1 turut diadakan. Perkara ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru untuk dilatih dan diketengahkan dalam Kejohanan Olahraga MSSD Tuaran.