? ??????????????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.3 (23 Ratings)??1838 Grabs Today. 25922 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (8 Ratings)??1736 Grabs Today. 9963 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, August 22, 2010

HADIAH BIASISWA SUKAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

3 orang pelajar SMK St. John telah berjaya memperoleh Hadiah Biasiswa Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia. Mereka ialah Cherylina Sinam (2 UMS), Faizzul Sabrin (3 UMS) & Mohd. Zamzuri Martin (2 UMS). Ketiga-tiga mereka merupakan ahli Kelab Olahraga yang telah menyertai dan mencatat kejayaan sehingga ke peringkat antarabangsa. Syabas & tahniah diucapkan.

HIGH SCHOOL MUSICAL- MY SCHOOL ROCKS


Pada 3-4 Julai 2010, telah berlansung pertandingan High School Musical- My School Rocks anjuran Disney Channel Asia bertempat di Universiti Malaysia Sabah. Sebanyak 50 pasukan dari seluruh negeri Sabah telah menyertai pertandingan tersebut. Pasukan sekolah dibawah tunjuk ajar Pn. Henrietta Lajuni telah menduduki tempat ke-4. Syabas dan tahniah.

Tuesday, August 17, 2010

SABAH OPEN 2010

Pada 7-8.8.2010, bertempat Stadium Likas, Kota Kinabalu ; telah berlangsung Kejohanan Olahraga Sabah Open 2010. Kejohanan ini diiktiraf sebagai kejohanan bertaraf antarabangsa. Pasukan SMK St. John diwakili oleh 22 atlet dibawah jurulatih Cik Suhaida Awang Ladin. SMK St. John telah berjaya mengutip 2 pingat perak & 2 pingat gangsa dalam kejohanan tersebut. Syabas & tahniah diucapkan.

PERKHEMAHAN KADET JABATAN PERTAHANAN AWAM PERINGKAT KEBANGSAAN

PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING PERINGKAT BAHAGIAN BARAT


Pada 29.6.2010, bertempat di SMK Sri Nangka, Tuaran; telah berlangsung Pertandingan Public Speaking peringkat Bahagaian Barat. Daerah Tuaran diwakili oleh Chyrel Rachel James, dari SMK St. John. Beliau moncul Naib Johan dalam pertandingan tersebut.

PERKHEMAHAN LENCANA KEAHLIAN & LENCANA USAHA PENGAKAP












Pada 7-8.8.2010 telah berlangsung Perkhemahan Lencana Keahlian & Lencana Usaha Pengakap bertempat di Shittim Camp, Tamparuli.Seramai 40 orang peserta bersama 2 orang guru pengiring iaitu Pn. Amelia Yamping & Pn. Rachel Anthony menyerta perkhemahan tersebut. Perkhemahan tersebut juga mendapat bantuan sepenuhnya daripada Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tuaran.

PERKHEMAHAN PERDANA UNIT BERUNIFORM











































Pada 2-4 Julai 2010, bertempat di Karambunai Lagoon Park telah berlangsung Perkhemahan Perdana Unit Berunifom 2010. Seramai 140 orang peserta yang mewakili 8 unit beruniform telah mengikuti perkhemahan tersebut. Aktiviti ini dibawah penyelarasan Pn. Doreen Peter Laison. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Rentas Halangan, Pandu Arah dan Pertandingan Kawad Kaki.

PERKHEMAHAN KADET JABATAN PERTAHANAN AWAM

Pada 25.6.2010 - 27.6.2010 telah berlangsung Perkhemahan Kadet Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) di SMK St. John, Tuaran. Jumlah peserta yang terlibat ialah seramai 60 orang bersama 2 orang guru pengiring iaitu En. Clarence Joanes Sigam dan En. Imee Samuil. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Bantuan Kecemasan dan Halangan Komander.

PERKHEMAHAN PERSATUAN BAHASA CINA

Pada 30.4.2010 - 1.5.2010 telah berlangsung Perkhemahan Persatuan Bahasa Cina bertempat di SMK St. John, Tuaran. Jumlah peserta yang terlibat ialah seramai 50 orang bersama 2 orang guru iaitu Cik Ng Oi Ting dan En. Ong Choon Keat.Antara aktiviti yang dijalankan ialah Teknik Menulis Kaligrafi Cina dan Treasure Hunt.