? ??????????????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.3 (23 Ratings)??1838 Grabs Today. 25922 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (8 Ratings)??1736 Grabs Today. 9963 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, May 23, 2010

NESTOR K.ESMADE & CATUR TERUS CIPTA KEJAYAAN


Kejohanan Catur MSS Sabah telah berlangsung pada 11-14 Mei 2010. Dua pelajar SMK St. John telah terpilih mewakili Bahagian Barat iaitu Nestor K. Esmade & Karmalisa K. Esmade. Sekali lagi, Nestor muncul juara kategori Lelaki bawah 15 tahun. Beliau akan mengorak langkah seterusnya dengan mewakili Negeri Sabah ke Kejohanan Catur MSSM pada bulan Jun nanti. Seluruh warga SMK St. John mengucapkan syabas & tahniah kepada Nestor dan semoga beliau akan terus mencatat kejayaan yang gemilang.

Friday, May 14, 2010

GERAI JUALAN SEMPENA HARI BERTEMU PELANGGAN







Pada 8.5. 2010, SMK St. John telah menjadi tuan rumah kepada majlis Hari Bertemu Pelanggan bersama Pengarah Pelajaran Negeri Sabah peringkat Pejabat Pelajaran Daerah Tuaran.Mengambil kesempatan daripada majlis tersebut, unit-unit beruniform SMK St. John telah membuka gerai jualan makanan dan minuman. Selain mengisi aktiviti, para pelajar menimba pelbagai pengalaman dalam menguruskan perniagaan secara kecil-kecilan. Terima kasih kepada para pelajar atas kesungguhan dan para guru penasihat atas komitmen dan kerja keras menjayakan gerai jualan tersebut.

Thursday, May 13, 2010

PENCAPAIAN PING PONG & SEPAK TAKRAW

Pada 30.4.2010 bertempat di Sek. Men. Tinggi Kota Kinabalu telah berlangsung Pertandingan Ping Pong MSSB Barat untuk memilih wakil MSSB Barat ke Kejohanan Ping Pong MSS Sabah. # 3 wakil dari SMK St. John telah mewakili pasukan Ping Pong MSSD Tuaran ke pertandingan tersebut.

Manakala itu, 2 pemain sepak takraw SMK St. John telah terpilih mewakili MSSB Barat ke Pertandingan Sepak Takraw MSS Sabah.

Tahniah. Kejayaan ini membanggakan semua warga SMK St. John. Semoga kejayaan yang lebih cemerlang menanti pada 2011.