? ??????????????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.3 (23 Ratings)??1838 Grabs Today. 25922 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (8 Ratings)??1736 Grabs Today. 9963 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, March 7, 2010

SAMBUTAN MAULIDURRASUL




Pada 6 Mac 2010 (Sabtu), telah berlangsung Sambutan Maulidurrasul peringkat sekolah.Majlis ini dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Agama Islam di bawsah kepimpinan Ustzh. Ummi Hamidah Jusoh dan Ustzh. Amirah Sumpin. Majlis ini diadakan secara kolaborasi dengan SK St. John. Antara pengisian pada hari tersebut ialah ceramah oleh Ustazah Lilis Mulyani Mamum (Pegawai Penceramah dari JHEINS), persembahan nasyid dan puisi, kuiz dan pameran Sirah Rasulullah.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD TUARAN 2010




Pada 2-5 Mac 2010 , bertempat di Padang SMK Tamparuli telah berlangsung Kejohanan Olahraga MSSD Tuaran. Kontinjen SMK St. John dibawah kepimpinan Dr. Zakaria Othman dan Cik Suhaida Awang Ladin telah menduduki tempat keempat keseluruhan dengan pencapaian 7 pingat emas, 6 pingat perak dan 5 pingat gangsa . Adlie Putera Willie telah muncul Olahragawan Lelaki B manakala pasukan perbarisan telah menduduki tempat ketiga.SMK Tenghilan muncul Johan keseluruhan, SMK Tamparuli ditempat kedua dan SMK Tun Fuad Stepehens, Kiulu di tempat ketiga. Manakala bagi perbarisan, SMK Sri Nangka muncul Johan dan SMK Tamparuli di tempat kedua.

PERKHEMAHAN PANDU PUTERI 2010

Pada 26-27 Februari 2010, pasukan Pandu Puteri SMK St. John di bawah kepimpinan Pn. Fatmawati Stephen dan Cik Dayang Noraslinah Maradin telah mengadakan perkhemahan tahunan bertempat di SMK St. John.

KEJOHANAN BOLA KERANJANG MSSD TUARAN

Pada 24 Februari 2010, telah berlangsung Kejohanan Bola Keranjang MSSD Tuaran bertempat di Gelanggang Bola Keranjang Tuaran. SMK St. John merupakan pengelola kejohanan kali ini. En. Ong Choon Keat dan Cik Ng Oi Ting selaku guru penasihat Kelab Bola Keranjang SMK St. John telah manguruskan pertandingan dengan lancar. Tiga buah sekolah mengambil bahagian iaitu SMK St. John, SMK Tamparuli dan SMK Badin. SMK Tamparuli mengungguli kejohanan dengan muncul juara lelaki dan perempuan. Manakala, SMK St. John menduduki tempat ketiga bagi lelaki dan tempat kedua bagi perempuan.