? ??????????????Dark Tree? ????? ?? ???Rating: 4.3 (23 Ratings)??1838 Grabs Today. 25922 Total Grabs. ????
??Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????Future Stars Will Be Dim? ????? ?? ???Rating: 4.8 (8 Ratings)??1736 Grabs Today. 9963 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Friday, April 23, 2010

St. John Johan English Parliamentary Debate

SMK St. John terus unggul mencipta kejayaan dalam tempoh 2 hari berturut-turut. Selepas kejayaan pasukan Choral Speaking, pasukan English Parliamentary Debate muncul Johan menewaskan pasukan SMK Tenghilan dalam pusingan akhir. Pertandingan berlangsung di SMK Sri Nangka pada 22 April 2010. Tahniah kepada para pendebat dan jurulatih pasukan, Pn. Rabidah Dani.

Wednesday, April 21, 2010

TAHNIAH PASUKAN CHORAL SPEAKING

Pasukan SMK St. John muncul johan Pertandingan Choral Speaking peringkat daerah Tuaran. Lebih manis lagi, kejayaan ini disaksikan oleh warga SMK St. John sendiri. Hal ini kerana, pertandingan ini telah berlangsung di Dewan Terbuka SMK St. John pada 21 April yang lalu. 5 buah sekolah mengambil bahagian iaitu SMK Tenghilan, SMK Tun Fuad Stephens, SMK Badin, SMK Pekan Telipok dan SMK St. John. Tempat kedua jatuh kepada SMK Tenghilan dan SMK Badin ditempat ketiga. Tahniah kepada pengurus dan jurulatih pasukan iaitu Pn. Amelia Yamping dan Pn. Elly Darliza Bakar.

Friday, April 16, 2010

PERKHEMAHAN TAMAN LAUT PERINGKAT KEBANGSAAN

Pada 12-14 April 2010, telah berlangsung Perkhemahan Taman Laut Peringkat Kebangsaan di Kem Malangang Kiulu dan Taman Marin Tuanku Abdul Rahman. Chelcia Audrey telah terpilih mewakili SMK St. John ke perkhemahan tersebut. Tahniah daripada pihak sekolah.

CATUR - JUARA LAGI


Pada 14 - 15 April 2010, berlangsung Kejohanan Catur MSSB Barat di Ranau. 4 pelajar SMK St. John telah terpilih mewakili daerah Tuaran. Sekali lagi, Nestor K. Esmade membuktikan kehebatannya apabila muncul Johan Lelaki Bawah 15 tahun dan 2 pelajar SMK St. John layak mewakili Bahagian Barat ke Kejohanan Peringkat Negeri.

PUBLIC SPEAKING - KEJAYAAN 2 TAHUN BERTURUT-TURUT




Kejayaan tahun 2009 diulangi. Cheryl Rachel James dibawah tunjuk ajar Pn. Elly Darliza memastikan Johan Public Speaking Peringkat Daerah Tuaran terus menjadi milik SMK St. John. Pertandingan berlangsung di SMK Sungai Damit pada 9 April 2010.

KEJOHANAN BALAPAN & PADANG MSSB BARAT

Kejohanan tersebut telah berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Likas pada 6 - 7 April 2010. Seramai 6 orang atlet SMK St. John telah mewakili daerah Tuaran di bawah tunjuk ajar Cik Suhaida Awang Ladin dan Cik Dayang Noraslinah Maradin. 2 pingat gangsa diperoleh melalui Mary Jerome dan Magdalene Maurice bagi acara Lompat Jauh (P)18 tahun dan 15 tahun ke bawah.

PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS DAERAH TUARAN







Pada 28 - 31 Mac 2010, bertempat di SMK Tenghilan telah berlangsung Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Tuaran. Seramai 52 ahli Kor Kadet Polis SMK St. John bersama 2 orang guru pengiring iaitu Pn. Doreen Peter Laison dan En. Sabaruddin Mohd. Noor telah menyertai perkhemahan tersebut. Sekali lagi, Sarjan Kadet Arifarhan Roslani telah muncul Sarjan Kadet Lelaki Terbaik dalam perkhemahan tersebut.

KEJAYAAN KADET POLIS




Bersempena dengan sambutan Hari Polis Peringkat Negeri Sabah, telah diadakan Pertandingan Juara Disiplin Kor Kadet Polis. Sarjan Kadet Arifarhan Roslani telah muncul Juara Keseluruhan pertandingan tersebut. Tahniah.

KARNIVAL PANDU PUTERI PERINGKAT NEGERI SABAH

Pada 27 Mac 2010, bertempat di Wisma Pandu Puteri, Kota Kinabalu, telah berlangsung Karnival Pandu Puteri Peringkat Negeri Sabah. Seramai 8 orang ahli Pandu Puteri SMK St. John telah menyertai karnival tersebut bersama guru penasihatnya, Puan Fatmawati Stephen.